LATAR BELAKANG

Bangunan Maahad Tahfiz Al Ansar ini dibina di Alamat Lot 101, Jalan Bunga Keembung, Taman Plentong Baru, 81750 Masai, Johor. Maahad ini telah didaftarkan di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan No Pendaftaran: MTS/JB/020.
Maahad ini mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2011 dengan bilangan pelajar seramai 16 orang ketika itu. Dengan penambahbaikkan system pendididkan sekolah tahfiz di Malaysia, peningkatan kesedaran masyarakat Islam ketika ini tentang pengajian di sekolah tahfiz dan permohonan ke sekolah-sekolah agama yang semakin memberangsangkan, maka jumlah pelajar semakin bertambah dari masa ke semasa.
Jumlah pelajar terkini adalah seramai 30 orang pelajar. Kami mempunyai 7 orang petugas terdiri daripada Mudir, guru-guru, pegawai tadbir, pembantu tadbir dan warden asrama.
VISI
Menyediakan pendidikan agama penghayatan Al-Quran yang berterusan bagi membina sesuatu generasi Al-Quran yang berkualiti dalam menghadapi kehidupan dunia moden yang penuh cabaran.
MISI
Memberi kesedaran dan rasa bertanggungjawab kepada masyarakat betapa pentingnya pendidikan agama dan pengetahuan tentang Al-Quran dan As-Sunnah sebagai banteng kekuatan diri dari segala bentuk anasir yang tidak sihat.
Melahirkan para huffaz yang lebih ramai lagi untuk generasi yang bakal memimpin Negara di masa hadapan
DOKUMEN SOKONGAN
Bagi memastikan tahap ketelusan dan kepercayaan masyarakat sentiasa terpelihara, pihak Maahad Tahfiz Al Ansar Permas Jaya menyediakan beberapa dokumen sokongan rasmi untuk rujukan umum.
Dokumen-dokumen ini membuktikan bahawa setiap aktiviti pengurusan, pentadbiran serta kutipan sumbangan dilaksanakan secara sah dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Antara dokumen yang disediakan adalah:
Surat Kebenaran Agama berkaitan operasi institusi tahfiz dan kutipan dana
Surat Kebenaran Kutipan Sumbangan daripada melalui media elektronik
Potongan cukai LHDN buat para pewakaf
Laporan Audit bagi memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab
Dokumen Lantikan Peguam yang menguruskan aspek perundangan institusi





