SENARAI KURIKULUM
Tahfiz Tulen :
KAEDAH PENGAJARAN HAFAZAN
MAAHAD TAHFIZ AL ANSAR PERMAS JAYA

PENDEKATAN
Kaedah dan teknik sangat penting dalam menyampaikan sesuatu kemahiran kepada pelajar, supaya hasil yang maksimum dapat dicapai dengan kualiti yang tinggi.
Terdapat beberapa kaedah yang dijalankan di MTAA untuk membantu pelajar menguasai hafazan dengan baik dan selari dengan sukatan yang ditetapkan.

01. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH
Kaedah ini menjadi teras dalam bidang tahfiz.
Cadangan Aktiviti :
Guru mendengarkan bacaan kepada pelajar. Guru akan Menerangkan Hukum Tajwid yang terdapat kesalahan dalam pembacaan pelajar.
Pelajar akan membuat Hafazan kendiri dan mengulangi 20 kali pada surah atau mukasurat yang ditetapkan.
Contohnya:
Hari 1 / Juz 30 / Surah : An-Naba ayat 1 – 30 (1 m/s)
Hari 2 / Juz 30 / Surah : An-Naba ayat 31 - An-Nazi'at ayat 15 (1 m/s)
Hari 3 / Juz 30 / Surah : An-Nazi'at ayat 16 – 42 (1 m/s)
Cadangan Masa Aktiviti :
10 minit setiap seorang

02. KAEDAH PASANGAN ( PEER TEACHING )
Kaedah ini adalah perkembangan pembelajaran hafazan yang ke dua. Pelajar akan berlatih tubi meneruskan hafazan surah atau mukasurat yang telah ditetapkan oleh guru mengikut sukatan pada langkah 1 di atas secara berpasangan sebagai motivasi dan mengelakkan rasa jemu.
Mendengar dan menyemak bacaan rakan juga dapat membantu hafazan pelajar disamping menjadi sokongan kawalan guru. Walaubagaimanapun pelajar boleh juga membuat latihan tubi ini secara individu.

03. KAEDAH MEMBACA KUMPULAN
Melalui kaedah ini murid mempedengarkan bacaan al-quran mengikut Riwayat Hafs dan Syu’ba kepada guru dalam sesi kelas Tajwid mingguan.

Setelah guru mentasmiq bacaan murid, murid akan diberikan peluang latihan mendengar bacaan Qari seperti Saad Al – Ghamdi, Abdurrahman As – Sudais dan Mishary Al – Afasy bagi memperelokkan bacaan mereka.
Cadangan Masa :
10 minit setiap seorang.

05. PENILAIAN
Peringkat terakhir dalam perkembangan PdP hafazan MTAA adalah penilaian pencapaian
murid. Guru perlu mengesahkan hafazan murid melalui buku rekod hafazan MTAA,
SUBJEK TAMBAHAN
01. Deeniyah
Fiqh Islamiah
Tauhid dan Aqidah
Tajwid
Bahasa Arab
Sirah
Adab dan Doa
02. Akademik (Tuisyen)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Matematik
Sains
Sejarah
